Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan Selamat Hari Sarawak kepada seluruh Keluarga Malaysia Sarawak yang menyambutnya hari ini. --foto FB Ismail Sabri

PM Ismail Sabri ucap Selamat Hari Sarawak kepada Keluarga Malaysia Sarawak

KUALA LUMPUR, 22 Julai : Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan Selamat Hari Sarawak kepada seluruh Keluarga Malaysia Sarawak yang menyambutnya hari ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Ismail Sabri berkata tarikh 22 Julai amat istimewa bagi memperingati tarikh penyerahan pentadbiran negeri itu kepada anak watan Sarawak.

Perdana Menteri turut menzahirkan rasa bangga terhadap arus pembangunan dan kemajuan yang banyak dikecapi oleh negeri itu.

“Semoga Sarawak sentiasa makmur dan harmoni selamanya.

“Semoga Sarawak terus maju, makmur dan mengekalkan perpaduan yang utuh demi kesejahteraan bersama,” katanya. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan