Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anak syarikat LBS Bina Group Bhd, Casa Inspirasi Sdn Bhd, membeli dua bidang tanah di Genting Highlands, Bentong untuk projek pembangunan bercampur dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM9 bilion. Foto, Facebook LBS Bina Group.

LBS akan bangunkan projek GDV RM9 bilion di Genting Highlands

KUALA LUMPUR, 22 Julai : Anak syarikat LBS Bina Group Bhd, Casa Inspirasi Sdn Bhd, membeli dua bidang tanah di Genting Highlands, Bentong untuk projek pembangunan bercampur dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM9 bilion.

Ia telah menandatangani perjanjian jual beli dengan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang untuk memperoleh tanah pajakan seluas 125.5 hektar pada harga RM97.85 juta.

LBS dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata ia merancang untuk membina pangsapuri servis, rumah teres dua tingkat, rumah bandar (townhouse), banglo, unit komersial; aktiviti pelancongan, kemudahan sekolah dan hospital di lot tanah tersebut.

”Cadangan pembelian tanah di Genting Highlands itu menandakan usaha berterusan syarikat untuk mengembangkan aktiviti perniagaannya.

”Dengan lokasinya yang strategik dan kawasan tumpuan pelancong dengan trafik pengunjung yang tinggi, pembangunan yang dicadangkan itu dijangka menerima permintaan yang baik dan mempunyai potensi pertumbuhan,” katanya.

Casa Inspirasi Sdn Bhd, membeli dua bidang tanah di Genting Highlands, Bentong untuk projek pembangunan bercampur dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM9 bilion.

Ia telah menandatangani perjanjian jual beli dengan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang untuk memperoleh tanah pajakan seluas 125.5 hektar pada harga RM97.85 juta.

LBS dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata ia merancang untuk membina pangsapuri servis, rumah teres dua tingkat, rumah bandar (townhouse), banglo, unit komersial; aktiviti pelancongan, kemudahan sekolah dan hospital di lot tanah tersebut.

”Cadangan pembelian tanah di Genting Highlands itu menandakan usaha berterusan syarikat untuk mengembangkan aktiviti perniagaannya.

”Dengan lokasinya yang strategik dan kawasan tumpuan pelancong dengan trafik pengunjung yang tinggi, pembangunan yang dicadangkan itu dijangka menerima permintaan yang baik dan mempunyai potensi pertumbuhan,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan