Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak - Kanak dan Kesejahteraan Masyarakat, Dato Sri Fatimah Abdullah ditemu bual secara langsung di Sejahtera Asia sempena Hari Sarawak.

Kibarkan bendera Sarawak – Fatimah

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 22 Julai : Sempena Hari Sarawak yang disambut hari ini, rakyat diseru untuk mengibarkan bendera negeri bagi menunjukkan rasa bangga menjadi warga Bumi Kenyalang.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak – Kanak dan Kesejahteraan Masyarakat, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, pada masa sama beliau juga berharap agar sambutan tahun ini yang bertemakan Sarawak Makmur mencapai matlamat.

Katanya, rakyat perlu terus bersatu padu untuk memastikan kemakmuran negeri ini.

“Tarikh hari ini sebenarnya cukup bersejarah kerana Sarawak berkerajaan sendiri dan kali pertama kita diperintah oleh anak tempatan.

“Pada tarikh ini juga kita mengenang pejuang – pejuang kemerdekaan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual secara langsung menerusi program Sejahtera Asia terbitan TVS di Sibu pagi tadi.

Sementara itu, Fatimah juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana membenarkan Hari Sarawak 2022 disambut secara fizikal di Stadium Tertutup Sibu tahun ini.

“Sempena acara kemuncak malam ini, pelbagai acara khas telah dirancang yang membawa kita menghayati semangat kemerdekaan dan cintakan Sarawak,”katanya.

Program malam ini yang disiarkan secara langsung di TVS akan turut dihadiri, Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan