Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah.

War-warkan AGS 2021 kepada mangsa gangguan seksual di tempat kerja – Fatimah

ByNurul Amarlina

KUCHING, 21 Julai : Langkah harus diambil untuk mewar-warkan kepada pekerja tidak kira jantina bahawa kini terdapat undang-undang untuk melindungi mereka daripada gangguan seksual.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, advokasi harus melibatkan penerangan tentang definisi gangguan seksual, kesan dan akibat kepada mangsa, tatacara pelaporan, bantuan dan sistem sokongan yang diperlukan oleh mangsa.

Katanya, hal ini kerana tidak ramai mangsa yang mahu tampil untuk melapor, terutama sekali jika pelakunya orang yang berpengaruh.

“Alhamdulillah setelah 11 tahun akhirnya Rang Undang-Undang Antigangguan Seksual 2021 (AGS2021) diluluskan di Dewan Rakyat,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Semalam, AGS 2021, yang mengandungi empat bahagian, empat bab dan 27 fasal diluluskan Dewan Rakyat.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun ketika menggulung AGS 2021 berkata, rang undang-undang itu adalah manifestasi penting dan membuktikan komitmen kerajaan dalam usaha menghapuskan diskriminasi berasaskan gender.

Sambil menyambut baik perkembangan itu, Fatimah berkata, sebelum ini terdapat pelbagai ‘cabaran’ yang harus dilalui mangsa sekiranya mereka tampil ke hadapan membuat laporan.

“Lazimnya orang akan lebih berpihak kepada pelaku daripada mangsa. 

“Mangsa boleh terus menjadi mangsa dan bukannya mendapat simpati dan sokongan. Ini harus ubah kerana tempat kerja seharusnya menjadi tempat yang selamat,”katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan