Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pengarah FAMA, Datuk Zainal Abidin Yang Razali bercakap kepada media selepas mengadakan kunjung hormat bertemu Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini hari ini.

Usahawan bimbingan FAMA di Sarawak jana RM483 juta tahun lepas

ByNazirah Adlina

KUCHING, 21 Julai : Nilai jualan direkodkan oleh usahawan Sarawak yang menyertai program anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) pada tahun lepas mencecah RM483 juta.

Ketua Pengarah FAMA, Datuk Zainal Abidin Yang Razali berkata, jumlah itu melibatkan penyertaan 6,760 usahawan.

Katanya, sebanyak 13 projek dilaksanakan oleh FAMA pada tahun lepas untuk membantu usahawan tani di negeri ini.

“Secara keseluruhan juga sebanyak 210 cawangan berkaitan industri pertanian dan perniagaan di bawah FAMA telah dibuka di sini pada tahun lepas,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjung hormat bertemu Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Zainal Abidin berkata, antara projek yang sedang dilaksanakan FAMA di Sarawak termasuk kerja menaik taraf Medan Niaga Satok yang berpotensi untuk melonjakkan sektor agro pelancongan.

Katanya, usaha itu selaras dengan fokus pembangunan sektor berkenaan seperti yang mahu dilaksanakan Kerajaan Sarawak.

“Selepas projek itu siap kelak, ianya akan menjadikan lokasi itu sebagai tempat riadah, bukan hanya terhad kepada gerai makanan sahaja,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan