Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Persiapan Sambutan Hari Sarawak 2022 yang akan berlangsung di Stadium Tertutup Sibu malam esok berjalan lancar.

Persiapan sambutan Hari Sarawak 2022 berjalan lancar

ByAhmad Burhanuddin

SIBU, 21 Julai : Persiapan Sambutan Hari Sarawak 2022 yang akan berlangsung di Stadium Tertutup Sibu, di sini malam esok berjalan lancar.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Perlaksana, Wong Hee Sieng berkata, ketika ini Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara Sarawak (UPPANS) sedang memantau gerak kerja bagi memastikan kelancaran acara.

Ujar beliau, majlis raptai penuh yang berlangsung malam tadi juga berjalan seperti dirancang.

Katanya, kesemua agensi kerajaan yang terlibat turut memberikan komitmen terbaik bagi memastikan kejayaan sambutan hari berkenaan.

“Sehubungan itu, saya menyeru agar penduduk Sibu dapat hadir memeriahkan acara pada malam esok.

“Kita kibarkan bendera Sarawak sebagai tanda meraikan hari gemilang berkenaan kepada negeri kita,”katanya kepada TVS.

Kemeriahan acara itu juga turut dirasai oleh penduduk setempat terutamanya golongan peniaga.

Peniaga makanan, Peter Basil berkata, dia berharap agar Bandar Sibu dapat menjadi tuan rumah terbaik dan bersedia menerima tetamu luar yang berkunjung.

“Saya juga berharap agar perniagaan saya mendapat sambutan daripada orang ramai,”katanya.

Seorang lagi peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Roger berkata, dia berharap agar kelonggaran yang diberikan untuk orang ramai berkumpul dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.

“Sudah lama Sibu tidak meriah dengan acara besar seperti ini.

“Saya harap kita dapat bersama – sama meraikan hari bersejarah untuk Sarawak,” katanya.

Bagi pelajar, Zafirah Amin pula, dia berbangga kerana Sibu terpilih sebagai tuan rumah sambutan kali ini.

“Namun saya juga berharap agar kita terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19,”katanya.

Acara sambutan malam esok dijangka akan dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg juga merupakan antara tetamu kenamaan yang akan hadir. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan