Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom melawat Ladang Hidroponik dan Fertagasi Jaydeez Management di sini hari inio.

Sarawak tumpu penanaman padi, kelapa, nanas dan durian rancakkan pengeluaran makanan

KUCHING, 20 Julai : Sarawak akan memberikan tumpuan kepada penanaman padi dan tiga tanaman lain bagi merancakkan sektor pertanian negeri.

Menteri Permodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, sebelum ini Sarawak lebih memberi fokus kepada penanaman kelapa sawit dengan keluasan kawasan mencecah 1.6 juta hektar.

Menurutnya menerusi fokus baharu itu, kerajaan negeri bersetuju juga bersetuju untuk meningkatkan pengeluaran kelapa, nanas dan durian.

“Padi merupakan tanaman paling utama untuk kita tingkatkan pengeluarannya.

“Selain itu, kita juga akan tambah kawasan seluas 20 hingga 30 ribu hektar untuk penanaman kelapa, nanas dan durian,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Ladang Hidroponik dan Fertigasi, Jaydeez Management di Samariang di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Stephen Rundi berkata, Kerajaan Sarawak akan bekerjasama dengan pihak berkepentingan termasuk Kerajaan Persekutuan untuk memastikan keempat – empat tanaman berkenaan dapat dipasarkan secara meluas.

Ke arah itu katanya, Sarawak memerlukan Lembaga Padi sendiri untuk merancakkan sektor tanaman ruji itu.

“Sebelum ini kita mempunyai Lembaga Sagu dan Nipah Sarawak dan Lembaga Getah, jadi saya percaya kita juga perlukan pendekatan serupa untuk merancakkan penanaman padi,”katanya.

Berhubung kaedah pertanian hidroponik di Sarawak, beliau berkata, bagi mencapai sasaran pengeksport makanan ke luar negara seperti disasarkan Kerajaan Sarawak menjelang 2030, negeri ini memerlukan lebih ramai golongan petani muda yang mengaplikasi teknologi moden dalam perusahaan mereka.

“Di pihak kerajaan negeri, kita memberi pelbagai sokongan termasuklah dana, khidmat rundingan, nasihat dan sebagainya,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan