Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir pada lawatan kerja di Petronas Research Sdn Bhd hari ini.

Sarawak beri penekanan dalam R&D – Abang Johari

KUALA LUMPUR, 20 Julai : Kerajaan negeri Sarawak amat serius dalam memberi penekanan terhadap aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) membabitkan semua bidang ekonomi, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Katanya, aktiviti R&D bersama institusi ternama seperti Universiti Nasional Singapura (NUS) telah memberikan pulangan kepada negeri tersebut.

“Banyak orang bertanya kepada saya kenapa Sarawak bekerjasama dengan NUS. Memandangkan pengiktirafan amat penting, kerjasama ini terjalin disebabkan NUS ada nilai bersih dengan institusi berwibawa dari seluruh dunia, yang mana akan membolehkan produk kami diiktiraf dan diterima di pasaran antarabangsa,” katanya semasa berucap pada lawatan kerja di Petronas Research Sdn Bhd hari ini.

Turut hadir adalah Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.

Abang Johari dan Tengku Muhammad Taufik turut menyaksikan majlis pemeteraian dua perjanjian pembekalan peranti penghasil hidrogen H2 untuk stesen pengisian semula H2 Darul Hana serta Batu Kawa antara PetronasTechnology Ventures Sdn Bhd dan SEDC Energy termasuk perjanjian kerjasama teknologi membabitkan minyak boleh diperbaharui antara Petronas Research Sdn Bhd dengan SEDC Energy.

Kerajaan negeri juga menfokus kepada perubahan iklim dan Abang Johari menjelaskan bahawa Sarawak telah meminda undang-undang termasuk peraturan hutannya bagi meningkatkan keupayaan negeri itu dalam penyimpanan karbon.

“Sarawak mempunyai aspirasi yang tinggi daripada segi tenaga dan saya ingin menyebut di sini bahawa perubahan iklim adalah masalah yang sebenar. Hari ini, kami melihat United Kingdom dan Arab Saudi mencecah suhu 40 darjah.

“Ini adalah perubahan sebenar. Tenaga telah menjadi prasyarat bagi kami untuk bergerak ke hadapan dan selain untuk menjimatkan kos, ia juga tidak boleh menjejaskan alam sekitar dan kerana itu kerajaan Sarawak mula menjalankan kajian ke atas hidrogen,” tambahnya.

Kerajaan negeri mempunyai projek perintis dengan Sarawak Energy Bhd bagi menghasilkan hidrogen sejajar dengan inisiatif hijau negari itu.

Abang Johari berkata kerajaan negeri Sarawak akan membuat kerjasama yang lebih kukuh dengan Petronas untuk menambah nilai kepada sumber -sumber yang dimiliki oleh negari itu.

“Kami mempunyai empat empangan hidro dan kami akan menambah satu lagi. Kami juga sedang melabur di Kalimantan untuk memenuhi permintaan tenaga di Nusantara (melalui kuasa hidro) bersama -sama dengan kerajaan Indonesia,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan