Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hanya kerana tidak memandang muka semasa bersalaman, seorang lelaki bertindak menampar belakang kepala seorang jemaah di Masjid An-Nur Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut.

Gara-gara bersalam tidak pandang muka, lelaki tampar jemaah masjid

ByBernama

IPOH, 20 Julai : Hanya kerana tidak memandang muka semasa bersalaman, seorang lelaki bertindak menampar belakang kepala seorang jemaah di Masjid An-Nur Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, pada Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata laporan diterima pihaknya daripada mangsa lelaki berusia lingkungan 30-an yang berkhidmat sebagai tentera, menyatakan dia bersalaman dengan suspek yang tidak dikenali selepas selesai solat asar kira-kira 5.10 petang.

“Secara tiba-tiba, suspek telah menampar belakang kepala mangsa dan terkena telinga sebelah kanan dengan kuat menyebabkan dia mengalami kesakitan di bahagian tersebut. 

“Siasatan awal mendapati insiden itu berlaku gara-gara mangsa tidak memandang muka lelaki tersebut semasa bersalaman menyebabkan dia berang dan beranggapan mangsa bersikap kurang ajar dengannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nor Omar berkata kedua-dua pihak telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Manjung untuk dirakam percakapan mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

“Hasil rakaman percakapan yang diberikan, anggota tentera itu tidak mahu untuk meneruskan siasatan dan menarik semula laporan tersebut. Kes telah diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut,” katanya.

Sebelum ini tular di Twitter menerusi sebuah video berdurasi 37 saat itu yang memaparkan kejadian seorang lelaki memukul kepala seorang jemaah di sebuah masjid.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan