Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman berkata, di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, negeri ini turut berjaya mempelbagaikan pendapatan negeri.

Dasar uruskan kewangan secara cermat bolehkan Sarawak teruskan projek pembangunan – Fazzrudin

KUCHING, 20 Julai : Pengurusan kewangan yang berhemah oleh Kerajaan Sarawak membolehkan negeri ini meneruskan projek-projek pembangunan yang dirancang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman berkata, di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, negeri ini turut berjaya mempelbagaikan pendapatan negeri.

Katanya, pada masa hadapan, berikutan perancangan Abang Johari, Sarawak dijangka dapat menjana pendapatan menerusi sumber kredit karbon.

“Selain itu kita juga sedang mendapatkan kembali hak-hak negeri iaitu negeri ini berhak ke atas sejumlah geran istimewa daripada Kerajaan Persekutuan di bawah Perlembagaan Persekutuan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Fazzrudin berkata demikian sebagai reaksi kepada Pekeliling Perbendaharaan oleh Kerajaan Persekutuan berhubung Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam bertarikh 14 Julai menyatakan kementerian, jabatan dan Badan-Badan Berkanun Persekutuan hendaklah meneruskan proses praperolehan yang tiada implikasi kewangan.

Semalam, Abang Johari berkata, Sarawak akan menggunakan perbelanjaan sendiri bagi meneruskan projek pembangunan rakyat yang telah dirancang di sebalik dasar yang ingin dilaksanakan kerajaan pusat.

Ujar beliau, sekiranya projek pembangunan dihentikan di negeri ini, ia dikhuatiri akan menjejaskan ekonomi.

Katanya, lebih dibimbangi ialah rakyat juga akan kehilangan pekerjaan akibat langkah tidak meneruskan projek – projek berkenaan.

Sementara itu, Fazzrudin berkata, Sarawak memerlukan pembangunan pantas terutama dari segi infrastruktur, kemudahan serta fasiliti asas seperti bekalan eletrik dan air terawat yang berterusan serta pembangunan infrastruktur digital.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan