Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Dr. Sim Kui Hian hadir menyaksikan Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis Perbandaran Padawan di sini hari ini. Foto TVS

Calon PRU15 bukan individu yang muncul sekali sekala dalam media – Dr. Sim

KUCHING, 20 Julai : Dato Sri Dr. Sim Kui Hian berpendapat, individu yang berpotensi untuk dipilih sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang tidak boleh hanya muncul ‘sekali – sekala’ di media.

Sebaliknya tegas Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) itu, calon mestilah terdiri daripada individu yang berkhidmat sepanjang masa kepada rakyat di kawasan masing – masing.

Ujar beliau, ini kerana suara rakyat di lapangan yang akan ‘melobi’ dan seterusnya menentukan calon sesuai untuk mewakili mereka.

“Oleh itu apabila rakyat suka, calon terbabit tidak perlu melobi diri sendiri secara terbuka.

“Ini bagi memastikan calon-calon berkenaan dapat diterima rakyat sekaligus memastikan kemenangan kepada parti di kawasan yang ditandingi,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir menyaksikan Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis Perbandaran Padawan di sini hari ini.

Dr. Sim mengulas tindakan SUPP Cawangan Stakan yang menamakan pengerusi mereka, Datuk Sim Kiang Chiok sebagai calon berpontensi untuk merampas kembali kerusi Parlimen Stampin daripada DAP pada PRU15 ini.

Berhubung laporan itu, beliau berkata, perkembangan itu ‘agak mengejutkan’ kerana kali ini muncul ramai individu yang melobi untuk menjadi calon.

“Ini agak berbeza berbanding PRU14 apabila ramai yang menolak untuk menjadi calon,”katanya.

Mengulas lanjut, Dr. Sim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawa berkata, secara tradisinya, setiap cawangan parti akan menghantar nama calon kepada Majlis Kerja Tertinggi untuk dipertimbangkan sebagai calon di kawasan masing – masing. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan