Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sultan Johor bakal dianugerah Ijazah Kehormat NUS

ByBernama

JOHOR BAHRU, 19 Julai: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bakal dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Undang-Undang dari Universiti Nasional Singapura (NUS) ketika lawatan rasmi baginda ke republik itu selama dua hari bermula esok.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim anugerah itu akan disampaikan Presiden Singapura Halimah Yacob. 

Menurut kenyataan itu anugerah tersebut sebagai mengiktiraf sumbangan Sultan Johor terhadap penambahbaikan hubungan dua hala antara Johor dan Singapura.

Dalam lawatan itu, baginda akan diiringi Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam.

Kenyataan itu menyebut ketibaan baginda berdua dan delegasi DiRaja Johor di Istana, yang merupakan pejabat rasmi Presiden dan Perdana Menteri Singapura pada esok (20 Julai), akan disambut Perdana Menteri Datuk Lee Hsien Loong berserta Menteri Kabinet Singapura.

Dalam lawatan itu, baginda juga dijadual mengadakan kunjungan ke atas Presiden Singapura, selain berangkat ke beberapa acara termasuk lawatan ke tapak Projek RTS di Woodlands, Institut Yusof Ishak (ISEAS) dan Pangkalan Udara Sembawang.

Kenyataan itu menyebut Taman Botani Singapura akan mempersembahkan orkid khas yang dinamakan sempena baginda berdua – “Ibrahim Zarith”, sebagai penghormatan atas lawatan rasmi atas jemputan rasmi Perdana Menteri negara itu.

Bunga orkid merupakan bunga kebangsaan Singapura. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan