Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg disambut oleh kakitangan Jabatan Mufti Negeri ketika hadir untuk merasmikan Seminar Fatwa peringkat negeri, hari ini.Foto Bernama.

Sarawak tawarkan ‘pinjaman’ kepada Kerajaan Persekutuan

BySalasiah Safian

KUCHING, 19 Julai : Memahami dasarĀ mengoptimumkan perbelanjaan yang bakal dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sarawak bersedia memberi pinjaman kepada Putrajaya.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ‘pinjaman’ yang bakal diberikan kelak itu boleh dilaksanakan mengikut formula tertentu.

Katanya, Sarawak bersedia berbuat demikian memandangkan projek – projek yang mahu ditangguhkan oleh Kerajaan Persekutuan mempunyai kepentingan kepada rakyat.

“Tidak mungkin kita (Sarawak) beri (pinjaman) secara percuma, mesti ada formula.

“Contohnya sebelum ini Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian berkata, Pusat Kanser yang ditubuhkan, kita bayar wang pendahuluan namun Kerajaan Pusat akan membayar semula kepada Sarawak menerusi sewa atau sebagainya,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Fatwa Peringkat Negeri Sarawak di sini hari ini.

Abang Johari berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed baru ā€“ baru ini bahawa semua projek pembangunan yang belum dimulakan akan ditangguh atau dibatalkan terus sebagai menyahut langkah penjimatan dalaman yang diarahkan menerusi Pekeliling Perbendaharaan Malaysia.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, kerajaan negeri mempunyai kemampuan kewangan untuk meneruskan projek pembangunan kerana sekiranya dibatalkan, rakyat merupakan kumpulan yang paling terkesan dengan mengambil kira persekitaran ekonomi hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan