Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Polis tahan tiga ‘doktor’ dadah

ByBernama

KUALA LUMPUR, 19 Julai: Tiga pembekal dadah di pusat hiburan di sekitar ibu negara yang digelar ‘doktor’ adalah antara 180 individu ditahan dalam operasi khas pusat hiburan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata ketiga-tiga suspek berusia lingkungan 20an dan 40an yang terdiri daripada seorang warga tempatan dan dua warga asing itu ditahan dalam operasi tiga hari bermula pada 15 Julai lepas yang turut menyaksikan rampasan beberapa jenis dadah.

Beliau berkata gelaran ‘doktor’ itu digunakan pelanggan untuk suspek kerana kemahiran mereka mencampurkan beberapa jenis dadah sebelum dijual di pasaran.

“Mereka ini biasanya mencari pelanggan di pusat-pusat hiburan, bar dan juga pusat karaoke. Mereka sudah aktif sekitar enam bulan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya tindakan tersebut menunjukkan Polis Kuala Lumpur sentiasa mengambil tindakan dalam memastikan tiada pusat hiburan di Kuala Lumpur dijadikan lubuk pengedaran dadah.

Dalam operasi itu sebanyak 20 pusat hiburan di sekitar Kuala Lumpur telah diserbu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan