Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan panggilan atau mesej yang diterima mendakwa daripada kenalan bertujuan untuk meminjam wang.
Seorang wanita di Sibu kerugian RM3,000 selepas diperdaya scammer yang menyamar sebagai jirannya di aplikasi WeChat

Wanita rugi RM3 ribu diperdaya scammer menyamar jiran di WeChat

SIBU, 18, Julai : Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya sekiranya menerima mesej menerusi aplikasi WeChat daripada ‘kawan’ yang ingin meminjam wang.

Terbaharu, seorang wanita di sini kerugian RM3,000 selepas dihubungi ‘jiran’ menerusi aplikasi berkenaan yang meminta pertolongannya.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, mangsa yang percaya telah meminta anaknya untuk membuat pindahan wang kepada jiran secara dalam talian.

“Wanita itu kemudian menghubungi jirannya namun terkejut apabila diberitahu tidak pernah menghantar mesej berkenaan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Zulkipli berkata, anak mangsa kemudian membuat laporan polis setelah menyedari menjadi mangsa penipuan.

Sehubungan itu, Zulkipli mengingatkan orang ramai supaya lebih berwaspada sekiranya menerima pesanan sedemikian.

Katanya, orang ramai boleh menyemak kegiatan scammer yang semakin aktif ini dengan menghubungi talian 03-26101559 atau 03-26101599 serta memuat naik aplikasi semak mule di http://semakmule.rmp.gov.my atau melayari Facebook Cyber Crime Alert. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan