Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

KPM ambil pendekatan perincikan masalah dihadapi sekolah

TELUPID,18 Julai: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil pendekatan untuk memperincikan punca masalah yang dihadapi sekolah-sekolah bagi membolehkan ia diatasi segera.

Sehubungan itu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Jidin menggesa Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk sentiasa turun ke bawah dan menyenaraikan isu-isu berkaitan sekolah terutama yang mendesak dan perlukan perhatian segera.

“Beberapa perkara yang saya tekankan kepada PPD adalah untuk sampaikan apakah keperluan mendesak yang memerlukan perhatian segera daripada pihak kementerian.

“Ini kerana kita bercakap mengenai 10 ribu buah sekolah di seluruh negara yang masing-masing mempunyai keunikan dan kekangan yang tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan Lawatan Kerja Ke Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Ansuan di Telupid pada Isnin.

Hadir sama, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee dan Guru Besar SK Ulu Ansuan, George Odol.

Radzi berkata, maklumat yang disampaikan oleh PPD itu kemudiannya akan disusun dan akan diselaraskan untuk tindakan mengikut keutamaan berikutan peruntukan sedia ada yang terhad.

“Sebab itu PPD memainkan peranan yang penting dan sentiasa perlu dekat dengan sekolah untuk menyalurkan maklumat yang tepat kepada KPM supaya mana-mana perkara yang mendesak akan diutamakan dan selebihnya akan diselesaikan secara berperingkat,” jelasnya.

Terdahulu, beliau turut melawat dua lagi sekolah pedalaman dalam Parlimen Beluran iaitu SK Jambongan dan SK Pantai Boring.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan