Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kontraktor-kontraktor yang terlibat dalam senarai projek sakit akan digantikan dengan segera.
Timbalan Premier, Datuk Ammar Douglas Uggah Embas berkata tindakan tersebut adalah termasuk melantik kontraktor penyelamat.

Ganti segera kontraktor terlibat projek ‘sakit’

ByAmirah Shawel

KUCHING, 18 Julai: Kontraktor yang terlibat dalam senarai projek sakit di Sarawak akan digantikan dengan segera.

Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata tindakan tersebut adalah termasuk melantik kontraktor penyelamat.

“Kontraktor-kontraktor yang terlibat dalam senarai projek sakit akan digantikan dengan segera bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek-projek rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian setelah meninjau projek pembinaan bulatan pertama di Jalan Kuching-Samarahan di sini hari ini.

Menurutnya tindakan tersebut diambil susulan arahan yang dikeluarkan sebelum ini oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang mahu agar langkah susulan dilaksanakan secepat mungkin terhadap projek-projek sakit.

“Isu projek sakit yang melibatkan pembangunan di Sarawak sering kali berlaku namun tidak dapat dielak.

“Saya berharap rakyat Sarawak dapat memahami punca kelewatan pembinaan yang dihadapi.

“Kami akan terus memantau perkembangan projek seperti ini dari masa ke masa bagi memastikan projek ini dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan seperti yang diarahkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,” katanya.

Tambahnya bulatan pertama lebuh raya Kuching-Samarahan yang turut tersenarai sebagai projek sakit tersebut dijangka disiapkan dalam  tempoh 15 bulan seperti yang ditetapkan sebelum ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan