Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi hadir pada Majlis Penyerahan Projek Pengindahan Bulatan Datuk Menteri Abang Haji Mohammad Zain Bin Haji Salleh, di sini hari ini.

Bulatan di bawah seliaan DBKU akan diperindahkan

KUCHING, 17 Julai : Landskap di beberapa bulatan di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan diperindahkan menerusi projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilaksanakan oleh syarikat korporat.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, setakat ini kerja berkenaan di Bulatan Datuk Menteri Abang Haji Mohammad Zin Bin Haji Salleh sudah siap sepenuhnya.

Katanya, projek itu dilaksanakan oleh Maltimur Resources Sdn. Bhd. dengan kerjasama DBKU yang bermula pada Disember 2021 dan siap pada Mac tahun ini membabitkan kos mencecah RM500,000.

“Komponen utama projek pengindahan ini adalah menyiapkan replika bunga alamanda di tengah bulatan dan dihiasi bunga-bunga lain serta papan tanda Kuching Bandaraya Perpaduan dan We Love Kuching,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Penyerahan Projek Pengindahan Bulatan Datuk Menteri Abang Haji Mohammad Zain Bin Haji Salleh, di sini hari ini.

Dr. Abdul Rahman berkata, projek menceriakan dua bulatan lain juga telah siap sepenuhnya iaitu di Wisma Bapa Malaysia yang dilaksanakan oleh DBKU.

“Bulatan kedua ialah yang terletak berdekatan bangunan Sesco juga sudah siap,”katanya.

Katanya usaha berkenaan selaras dengan slogan DBKU iaitu Bandaraya Kuching cantik, bersih dan selamat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan