Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita yang disyaki memukul suaminya sehingga mati di Flat Nipah, Taman Daya di sini direman tujuh hari bermula hari ini. --foto Bernama

Wanita disyaki pukul suami sehingga mati direman seminggu

JOHOR BAHRU, 16 Julai : Seorang wanita yang disyaki memukul suaminya sehingga mati di Flat Nipah, Taman Daya di sini direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman hingga 22 Julai terhadap wanita berumur 36 tahun yang bekerja sendiri itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Melody Woon Sze Mun di sini hari ini bagi membantu siasatan kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bagi kes positif dadah pula, wanita itu disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Baca > > > Lelaki ditemukan mati, dipercayai dipukul isteri di Taman Daya

Baca > > > Wanita disyaki bunuh suami didapati positif dadah

Dalam kejadian 7.50 pagi semalam, seorang lelaki berusia 44 tahun yang juga bekerja sendiri ditemukan maut dengan muka dan kepala mengalami kecederaan, dipercayai diserang menggunakan objek tumpul.

Lebih sejam kemudian, polis menahan seorang wanita dipercayai isteri kepada mangsa berhampiran kawasan kejadian.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat dilaporkan berkata wanita berkenaan didapati berada di bawah pengaruh dadah berdasarkan ujian saringan yang mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan