Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pergerakan Pemuda PBB, Miro Simuh bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat PBB di sini hari ini. Foto TVS.

Pemuda PBB sokong Lukanisman kekal di Parlimen Sibuti

KUCHING, 16 Julai : Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menegaskan pergerakan itu bersedia untuk mencalonkan muka baharu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sekiranya diminta berbuat demikian.

Ketuanya, Miro Simuh berkata, ketika ini calon pergerakan itu yang masih bergelar Ahli Parlimen ialah Lukanisman Abang Sauni bagi kerusi Parlimen Sibuti.

Katanya, di pihak Pemuda, mereka turut akan memberi sokongan sekiranya Lukanisman dicalonkan semula pada PRU-15 untuk mempertahankan kerusi itu.

“Jika diberikan kesempatan, kami di pucuk kepimpinan Pemuda juga bersedia untuk menyerahkan nama baharu untuk bertanding di kerusi lain pada PRU-15 ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PBB di sini hari ini.

Pada PRU-14, Lukanisman menang kerusi berkenaan dengan majoriti 3,676 undi sekaligus menewaskan calon PKR dan calon Pas.

Miro berkata, sekiranya pucuk pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan PBB berpandangan Pemuda wajar diberikan peluang untuk bertanding di kerusi baharu, mereka bersedia ke arah itu.

Sementara itu, Miro yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu berkata, fokus beliau ketika ini ialah untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat di situ dan tidak memikirkan untuk menjadi calon kerusi Parlimen Puncak Borneo.

“Cukuplah setakat jadi ADUN kerana tidak perlu tamak, banyak lagi calon -calon yang berkaliber untuk bertanding di sana,” tegasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan