Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Acara ikonok, Sibu International Base Jump kembali dilangsungkan tahun ini. Foto Facebook Sibu International BASE Jump.

Sibu International Base Jump kembali dianjurkan tahun ini

SIBU, 15 Julai : Acara ikonik, Sibu International Base Jump kembali dianjurkan selepas dua tahun ‘direhatkan’ berikutan pandemik COVID-19.

Residen Sibu, Wong Hee Sieng berkata, penganjuran kali ke-12 itu akan bermula pada 15 September selama tiga hari di bangunan tertinggi Sarawak, Wisma Sanyan di bandar ini.

Kata beliau, penganjur setakat ini telah menerima pengesahan daripada beberapa penerjun tempatan dan antarabangsa.

“Jumlah keseluruhan peserta akan dapat diketahui pada 14 September iaitu pada hari terakhir penyertaan,”katanya dalam sidang media di sini semalam.

Ujarnya, acara berkenaan dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Wisma Sanyan dan Ababil Base Jump Club yang juga merupakan penasihat teknikal.

Menurutnya, penerjun yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan di laman web www.sibuinternationalbasejump.com sebelum 14 September.

Penerjun yang pernah beraksi pada edisi yang lalu dijangka akan kembali pada tahun ini termasuk dari Amerika Syarikat, Belarus, Australia, Belgium, Kanada, Estonia, Finland, Perancis, Jerman, Ireland, New Zealand, Rusia, United Kingdom dan juga penerjun tempatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan