Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datu Dr Sanib Said membuat laporan di Balai Polis Sentral, Kuching di sini hari ini.

Pakar sejarah Sarawak buat laporan polis dituduh tidak tahu kaedah penyelidikan

KUCHING, 15 Julai : Pakar sejarah Sarawak, Datu Dr Sanib Said membuat laporan polis terhadap seorang pemimpin parti politik yang menuduhnya tidak mengetahui kaedah penyelidikan sejarah.

Sanib yang juga Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) mendakwa, pemimpin itu juga telah menuduhnya menimbulkan isu perkauman.

“Saya tidak pernah sentuh isu perkauman.

“Saya dapati kenyataan pemimpin itu telah memalukan saya sebagai sejarawan yang berkelayakan apabila mempersoal kelayakan saya membuat penyelidikan dan menulis sejarah Santubong sebagai negeri Melayu tertua di dunia di Sarawak,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Sentral di sini hari ini.

Menerusi sebuah portal sebelum ini, pemimpin politik itu menggesa ahli sejarah untuk tidak membuat dakwaan yang tidak berasas sekiranya tiada bukti saintifik demi keharmonian dan perpaduan kaum.

Sementara itu, Sanib turut memberitahu, semua buku tulisannya bermula peringkat ijazah sarjana muda hingga ijazah doktor falsafah (PhD) berkisar mengenai Melayu.

“Saya tidak menulis tentang suku kaum lain di Sarawak kerana ia sensitif.

“Apabila saya menulis tentang Melayu iaitu bangsa saya sendiri, saya dihina dan (ianya) sangat keterlaluan,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan