Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ukraine dan Rusia mencapai beberapa kemajuan dalam sesi perbincangan mengenai eksport bijirin yang berlangsung di Istanbul. --foto Reuters

Ukraine, Rusia capai beberapa kemajuan dalam isu eksport bijirin – Zelensky

ByBernama

KYIV, 14 Julai : Ukraine dan Rusia mencapai beberapa kemajuan dalam sesi perbincangan mengenai eksport bijirin yang berlangsung di Istanbul.

Perbincangan turut melibatkan perwakilan Turkiye dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor Xinhua, memetik Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky pada Rabu.

“Delegasi Ukraine memaklumkan kepada saya bahawa terdapat beberapa kemajuan.

“Kami bersetuju mengenai butiran dengan setiausaha agung PBB dalam tempoh beberapa hari akan datang,” kata Zelensky.

Ukraine sedang melaksanakan usaha untuk memulihkan bekalan makanan ke pasaran global.

Perwakilan dari Ukraine, Rusia dan Turkiye mengadakan pertemuan dengan delegasi PBB di Istanbul untuk membenarkan eksport bijirin Ukraine dari pelabuhan Laut Hitam ke pasaran global. –TV

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan