Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fenomena gerhana bulan penuh atau dipanggil ‘Super Flower Blood Moon’ yang dirakam berhampiran Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 26 Mei lepas.

Rakyat berpeluang saksi fenomena ‘Super Full Moon’ hari ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 Julai : Rakyat negara ini sekali lagi akan berpeluang menyaksikan  fenomena ‘Super Full Moon’ atau kedudukan bulan paling hampir ke bumi pada jam 5.09 petang hari ini (13 Julai 2022).

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), menerusi portal rasmi, memaklumkan fenomena itu terjadi berikutan kedudukan bulan berada paling hampir dengan bumi atau disebut sebagai perigee dengan jarak adalah 357,263 kilometer (km).

Sumber: Laman rasmi Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)

“Bulan beredar mengelilingi bumi dalam orbit dengan purata nilai keeksentrikan  0.0549. Oleh itu, purata jarak bulan dari bumi (pusat ke pusat) adalah berbeza pada setiap masa dengan jarak purata paling dekat (perigee) adalah 363,396  kilometer (km) dan jarak purata paling jauh (disebut sebagai apogee) adalah 405,504 km.

“Semasa Super Full Moon, bulan penuh boleh kelihatan sehingga tujuh peratus lebih besar daripada bulan penuh biasa, dan kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah daripada ‘Micromoon’,” katanya.

Fenomena Super Full Moon telah berlaku pada 14 Jun lalu dan imej berjaya dirakam sistem Teleskop Observatori Negara Langkawi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

ByLorenzo Isaac Ak Anthony-