Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
MINTRED salur geran bantuan berjumlah lebih RM500,000 kepada usahawan tempatan.

MINTRED salur lebih RM500 ribu bantu usahawan tempatan

ByHafeezzur Muzamir

KOTA SAMARAHAN, 13 Julai: Kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri,Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MINTRED) menyalurkan geran bantuan berjumlah lebih RM500,000 kepada usahawan di Sarawak.

Menurut agensi pelaksana, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) menerusi wakilnya, Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan dan Komuniti, Nikk Adam Abdillah, geran tersebut bertujuan untuk membantu usahawan terutama Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mengembangkan perniagaan mereka.

“Kebanyakan penerima bantuan geran adalah usahawan yang baru menceburkan diri dalam bidang masing-masing.

“Jadi, dengan adanya geran yang kita berikan ini, sasaran kita adalah membantu dari segi modal pusingan dan juga bantuan peralatan dengan harapan untuk melihat perniagaan mereka berkembang,” katanya pada Program Jum Register Bisnes (REGISTA) di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau juga memaklumkan, MINTRED turut menyalurkan geran Graduan Ke Arah Keusahawanan (GERAK) sebanyak RM 47,000 dan Peruntukan Dana Pembiayaan Skim Kredit Mikro Sarawak berjumlah RM 3,647,000. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan