Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) akan mengenal pasti strategi yang sesuai untuk membangunkan bakat warga Sarawak secara berkesan.

MEITD rangka strategi pembangunan bakat, capai kebolehpasaran

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 13 JULAI: Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) akan mengenal pasti strategi yang sesuai untuk membangunkan bakat rakyat Sarawak secara berkesan.

Menterinya Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata, inisiatif ini mampu menyediakan pembangunan bakat yang berdaya saing untuk memacu aspirasi Sarawak pada masa depan.

“Itulah sebabnya kami menyediakan pelbagai inisiatif selain menyediakan bakat berpencapaian tinggi dengan peluang untuk mendapatkan latihan amali atau peluang kerja dengan majikan terkemuka, dan menawarkan mereka platform yang sesuai untuk mempamerkan potensi mereka kepada dunia,” katanya ketika berucap merasmikan Bengkel Pembangunan Bakat di sini, hari ini.

Tambah Roland, penganjuran bengkel seperti ini juga merupakan usaha kementeriannya untuk memformalkan serta menginstitusikan mekanisme penglibatan dan kerjasama peneraju sektor dan institusi akademik.

Dalam pada itu, beliau turut berharap bengkel ini akan memberi manfaat kepada peserta selain memberi jaminan bahawa kementeriannya akan membantu mengenal pasti dan menyesuaikan strategi, inisiatif dan intervensi yang sesuai untuk memudah dan merapatkan jurang permintaan dan bekalan, dalam industri, khususnya di Sarawak. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan