Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

KPDNHEP patahkan cubaan seludup 9,690 peket minyak masak bersubsidi

ByBernama

KOTA KINABALU, 13 Julai: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah mematahkan cubaan menyeludup keluar 9,690 peket minyak masak bersubsidi satu kilogram (kg) ke negara jiran dianggarkan bernilai RM24,225.

Pengarahnya Georgie Abas berkata dalam serbuan di Sungai Kolapis, Beluran semalam, pihaknya turut merampas 5,000 liter minyak diesel bersubsidi dianggarkan bernilai RM10,750 juga dipercayai untuk diseludup keluar.

Katanya sebuah tangki dan sebuah kapal yang digunakan dalam kegiatan penyelewengan itu turut dirampas dalam serbuan yang dijalankan bersama Batallion 20 Pasukan Gerakan Am (PGA) Beluran, hasil risikan selama tiga minggu.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM1,904,975,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Georgie berkata seorang lelaki tempatan berumur 20-an yang dipercayai penjaga kapal turut ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 20 (1) dan Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

“Berdasarkan keterangan awal, penjaga kapal itu gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran dan lesen sah untuk menyimpan barang kawalan di lokasi berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, menurutnya sebanyak 23 kes dikesan termasuk kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 serta Akta Kawalan Bekalan 1961 dalam Operasi Ayam, Telur dan Minyak Masak (Op ATM) Fasa Satu dan Dua, sehingga semalam.

“KPDNHEP komited melaksanakan tindakan mengawal selia bekalan serta harga barang kawalan dan keperluan asas seperti ayam, telur dan minyak masak di setiap peringkat rantaian melalui pemeriksaan Op ATM,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan