Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah

Kita akan tahu berapa banyak cukai dikutip di Sarawak – Abdul Karim

BySalasiah Safian

KUCHING, 12 Julai : Langkah Sarawak ‘menuntut’ untuk meletakkan wakilnya di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bertujuan untuk mendapat maklumat yang lebih jelas berhubung hasil kutipan cukai di negeri ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ini seterusnya akan memastikan Sarawak mengetahui kedudukan kewangan sebenar negara dan jumlah yang wajar ‘dituntut’.

“Sekurang -kurangnya kita tahu berapa banyak yang telah dikumpul oleh Sarawak.

“Masalah sebelum ini apabila kita tanya kepada LHDN, berapa banyak cukai yang telah dikutip (di Sarawak), tiada jawapan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Kongres Kejuruteraan ASEAN Australia yang dirasmikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali mengesahkan Abang Johari telah memilih wakil Sarawak untuk berada dalam LHDN seperti yang diminta oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC).

Mengulas lanjut, Abdul Karim berkata,setelah ‘wakil Sarawak’ berada dalam LHDN dan mendapat maklumat kewangan yang diperlukan, urusan perbincangan melibatkan jumlah bayaran dapat dilakukan dengan lebih teratur.

“Dari situ, kita boleh keluarkan formula dan berbincang dengan Kerajaan Persekutuan mengenai berapa banyak yang harus diberikan kepada kita,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan