Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi hadir pada majlis pengagihan daging korban di Masjid Darul Hana di sini hari ini.

Tiada insiden buruk sewaktu ibadah korban – Abdul Rahman

KUCHING, 11 Julai : Perlaksanaan ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha di Sarawak pada tahun ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden buruk.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, pihaknya hanya menerima aduan biasa yang pernah berlaku dan tidak menjejaskan kelancaran ibadah itu.

“Tiada kejadian yang serius berlaku, saya dengar seekor atau dua lembu yang terlepas namun pihak jawatankuasa dapat menangkapnya semula.

“Saya juga terima berita mengenai seekor lembu yang mati sebelum majlis korban dimulakan namun kurang pasti sebab kematiannya,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir menyempurnakan Majlis Pengagihan Daging Lembu Korban di Masjid Darul Hana di sini hari ini.

Ujar Abdul Rahman, beliau yakin perlaksanaan ibadah korban di Sarawak akan berjalan lancar sekiranya penganjur dan peserta mengikut prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.

Berhubung majlis korban di masjid itu, Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai memberitahu, sebanyak dua ekor lembu sumbangannya telah disembelih dan diagihkan kepada penduduk di Kampung Panglima Seman Lama, Kampung Semarang dan Kawasan Lot Tambahan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan