Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang wanita yang dipercayai menghina agama Islam sewaktu membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail di sini.

Wanita hina Islam di kelab komedi ditahan – Bukit Aman

ByBernama

KUALA LUMPUR, 10 Julai : Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang wanita yang dipercayai menghina agama Islam sewaktu membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail di sini.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata wanita itu direman tiga hari hingga 12 Julai ini.

Baca lagi: JAWI jalankan siasatan awal berhubung video wanita hina agama Islam di sebuah kelab

Baca lagi: Polis siasat wanita hina agama Islam di kelab komedi

“Ketika ini, suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Brickfields dan siasatan masih diteruskan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Noorsiah berkata PDRM sedang menyiasat insiden itu yang tular di media sosial dan mendapat respons negatif masyarakat khususnya umat Islam.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan (atas alasan agama menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci atau niat jahat) oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan