Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekitar 200 rakyat Malaysia di perantauan turut serta mengadakan sambutan Hari Raya Aidiladha di Kedutaan Besar Malaysia-Jakarta buat pertama kali sejak pandemik COVID-19 melanda selama dua tahun. Foto: David Andreas
Bertempat di Kedutaan Besar Malaysia di sini, sekitar 200 rakyat Malaysia berkumpul untuk meraikan Hari Raya Aidiladha buat kali pertama sejak pandemik COVID-19 melanda sejak dua tahun lepas.

Rakyat Malaysia di Indonesia berkumpul di kedutaan sambut Aidiladha

JAKARTA, 10 Julai : Bertempat di Kedutaan Besar Malaysia di sini, sekitar 200 rakyat Malaysia berkumpul untuk meraikan Hari Raya Aidiladha buat kali pertama sejak pandemik COVID-19 melanda dua tahun lepas.

Majorii terdiri daripada kaki tangan kedutaan bersama ahli keluarga masing – masing yang berada di Jakarta.

Sambutan bermula pada pukul 7 pagi dengan mereka melaksanakan solat sunat yang diimamkan Atase Agama, Muhammad Naqzrul Azraf Mhd Nazarludin.

Menteri Kaunselor Juraida Abd Jamil berkata, warga Malaysia dijemput oleh pihak kedutaan untuk bersama-sama memeriahkan Aidiladha.

“Kita berasa bersyukur kerana pada tahun ini dapat menyambut Aidiladha bersama warga Malaysia yang berada di Indonesia,”katanya.

Sambutan di kedutaan juga menyaksikan dua ekor lembu dan 11 ekor kambing disembelih dan diagih kepada rakyat Malaysia dan penduduk di sekitar kawasan kedutaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan