Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemandu dan penumpang hadapan cedera selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan pacuan empat roda (4WD) yang dipandu secara melawan arus di Kilometer 4.5 Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth di sini semalam. Foto: PDRM

Pemandu, penumpang kereta cedera gara-gara Mitsubishi Triton lawan arus

BUTTERWORTH, 10 Julai : Pemandu dan penumpang hadapan cedera selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan pacuan empat roda (4WD) yang dipandu secara melawan arus di Kilometer (km) 4.5 Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.10 tengah malam itu, kedua-dua mangsa yang menaiki kereta jenis Volkswagen Beetle mengalami kecederaan pada perut, manakala pemandu 4WD jenis Mitsubishi Triton dilaporkan tidak tercedera.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner (ACP) Mohd. Radzi Ahmad berkata, kejadian di laluan arah Bagan Ajam itu berlaku apabila pemandu Mitsubishi Triton berwarna putih dipercayai telah melawan arus.

“Kenderaan itu telah bertembung dengan Volkswagen Beetle warna merah.

“Pemandu kereta iaitu lelaki berusia 27 tahun mengalami kecederaan di perut dan penumpang perempuan berusia 25 tahun turut mengalami kecederaan yang sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Radzi, kedua-dua mangsa menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Seberang Jaya dekat sini.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan