Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain boling negara, Natasha Roslan dan Sin Li Jane mara ke separuh akhir beregu wanita Kejohanan Dunia di Alabama, Amerika Syarikat pada Sabtu (pagi Ahad di Malaysia), untuk kekal di landasan bagi meraih pingat pertama mereka pada kejohanan itu. Foto Malaysia Bowling.

Kejohanan Boling Dunia : Natasha, Li Jane mara ke separuh akhir

KUALA LUMPUR, 10 Julai : Pemain boling negara Natasha Roslan dan Sin Li Jane mara ke separuh akhir beregu wanita Kejohanan Dunia di Alabama, Amerika Syarikat pada Sabtu (pagi Ahad di Malaysia), untuk kekal di landasan bagi meraih pingat pertama mereka pada kejohanan itu.

Natasha-Li Jane memulakan kempen mereka dengan menewaskan Taishaye Naranjo-Pamela Perez dari Puerto Rico 2-0 pada pusingan 16 terakhir di Kompleks Konvensyen Birmingham Jefferson, menang 234-164 dan 203-178 dalam format tiga permainan terbaik.

Pada suku akhir, pasangan beregu itu mengenepikan Denise Blankenzee-Samantha Greiner dari Belanda 259-144, 194-188 untuk bertemu Mika Guldbaek-Mai Ginger Jensen dari Denmark dalam aksi empat terakhir pagi Isnin.

Pasangan Denmark itu mara ke separuh akhir selepas mengalahkan regu Korea Selatan Kim Hyun Mi/Yang Su-jin 201-194, 217-196, menurut laman web rasmi Kejohanan Dunia itu.

Sementara itu, pasangan beregu lelaki negara Muhammad Rafiq Ismail-Timmy Tan menamatkan kempen mereka pada pusingan 16 selepas tumbang 1-2 kepada Alec Kiplinger-Trent Mitchell dari Amerika Syarikat.

Walaupun memenangi perlawanan pertama 256-214, pemain Malaysia tidak dapat menandingi kehebatan regu Amerika itu apabila tewas 212-254, 199-245 dalam dua perlawanan berikutnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan