Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sambutan Hari Raya Aidiladha di Indonesia tahun ini diselubungi kebimbangan wabak penyakit kuku dan mulut (FMD) yang memberi 'ancaman' kepada haiwan korban.Foto David Andreas.

Indonesia sambut Aidiladha di tengah kebimbangan wabak FMD

ByTVS

JAKARTA, 10 Julai : Sambutan Hari Raya Aidiladha di Indonesia tahun ini diselubungi kebimbangan wabak penyakit kuku dan mulut (FMD) yang mengancam haiwan korban.

Sebelum ini, pihak berkuasa menyasarkan 800,000 suntikan vaksin diberikan kepada lembu yang sihat sebelum hari korban.

Bekas Timbalan Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang hadir menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Azhar, Jakarta Selatan bersama hampir 2,000 jemaah turut memberi ingatan berhubung ancaman wabak berkenaan.

Beliau yang juga Ketua Dewan Masjid Indonesia (DMI) berkata, masjid di seluruh negara itu perlu memastikan haiwan yang akan dikorban bebas FMD.

“DMI telah mengeluarkan nasihat agar haiwan korban di Indonesia perlu diperiksa dengan teliti.

“Ini bagi memastikan masjid menerima haiwan yang sihat,” katanya ditemui pemberita selepas menunaikan solat sunat berkenaan.

Sementara itu, di masjid berkenaan, sebanyak 24 ekor lembu dan 69 ekor kambing turut dikorbankan dan diagihkan kepada penduduk sekitar.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan