Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha di Masjid Jamek Negeri Sarawak, Petra Jaya pagi ini. Foto UKAS.

Aidiladha : Abang Johari tunai solat sunat di Masjid Jamek

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 10 Julai : Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha di Masjid Jamek Negeri Sarawak, Petra Jaya pagi ini bersama lebih 3,000 jemaah.

Beliau tiba di masjid kira-kira pukul 7.50 pagi bersama isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Turut menunaikan solat di masjid berkenaan ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah,Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Dr. Hazland Abang Hipni, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi dan  Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Solat sunat Aidiladha dipimpin oleh Imam Besar Negeri, Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi manakala khutbah bertajuk Pengorbanan Orang Beriman disampaikan oleh Mufti Sarawak, Datu Kipli Yassin.

Abang Johari kemudian menghadiri Majlis Korban Perdana anjuran Majlis Islam Sarawak pada pukul 9 pagi dan seterusnya menyempurnakan simbolik penyembelihan dan pengagihan daging korban. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan