Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha bersama ribuan jemaah di Masjid Tengku Ampuan Afzan. Foto Bernama.

Agong, Permaisuri tunai solat Aidiladha di Masjid Tengku Ampuan Afzan

KUANTAN, 10 Julai : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha bersama ribuan jemaah di Masjid Tengku Ampuan Afzan di sini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka pada 8.20 pagi yang diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah disambut Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Turut berada di masjid ialah barisan pentadbiran negeri dan Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.

Solat sunat tersebut dipimpin oleh imam besar masjid Mohd Hafidz Suhailie yang turut menyampaikan bacaan khutbah Aidiladha.

Selesai solat, Al-Sultan Abdullah dan Tengku Hassanal berkenan menyaksikan ibadah korban yang berlangsung di pekarangan masjid yang turut melibatkan lembu sumbangan Seri Paduka. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan