Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak telah mengharamkan pengimportan lembu dari Indonesia berikutan wabak tersebut dikenal pasti di Kalimantan Barat. 

Lembu, kambing di Sarawak bebas FMD, selamat untuk ibadah korban – Dr Rundi

KUCHING, 9 Julai : Tiada kes penyakit kuku dan mulut (FMD) melibatkan lembu dan kambing yang diternak di Sarawak setakat ini, kata Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Beliau berkata Sarawak telah mengharamkan pengimportan lembu dari Indonesia berikutan wabak tersebut dikenal pasti di Kalimantan Barat. 

Justeru, beliau berkata ternakan yang akan dikorbankan sempena Aidiladha di negeri ini adalah sihat serta bebas penyakit. 

“Jabatan Veterinar telah mengenakan sekatan atau Kawalan Pergerakan Ternakan dari kawasan kawalan FMD ke kawasan yang lain. Setakat ini, bahagian yang telah diwartakan sebagai kawasan kawalan FMD ialah Kuching, Serian, Sri Aman, Miri dan Limbang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, Sarawak memerlukan kira-kira 2,000 ekor lembu setiap tahun bagi ibadah korban dan bekalan haiwan itu adalah mencukupi.

Ibadah korban oleh umat Islam dilaksanakan bermula selepas selesai solat sunat Aidiladha pada 10 Zulhijjah (esok) dan hari-hari tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah 1443H sebelum berakhir waktu Asar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan