Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tetsuya Yamagami yang ditahan kerana didakwa membunuh bekas Perdana Menteri Shinzo Abe pada Jumaat, berkata dia mahu menentang kumpulan tertentu yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Abe. Foto: Reuters.

Abe dipercayai ada kaitan dengan kumpulan tertentu, kata penyerangnya

TOKYO, 9 Julai : Tetsuya Yamagami yang ditahan kerana didakwa membunuh bekas Perdana Menteri Shinzo Abe pada Jumaat, berkata dia mahu menentang kumpulan tertentu yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Abe.

“Emak saya, terbabit juga dengan kumpulan ini, memberi sejumlah besar sumbangan dan hidup kami hancur akibat perbuatan itu,” lapor Sputnik yang memetik stesen penyiar Jepun NHK.

Maklumat mengenai jenis kumpulan itu tidak didedahkan.

Baca > > > Bekas Perdana Menteri Jepun ditembak

Baca > > > Shinzo Abe meninggal dunia selepas enam jam kritikal

Abe, 67, diserang pada pagi Jumaat di bandar Nara, Jepun ketika sedang berkempen.

Yamagami, 41, menghampiri Abe dari belakang dan melepaskan dua das tembakan dari jarak kira-kira 10 meter (33 kaki) menggunakan pistol buatan sendiri. Menurut polis Abe masih sedar selepas cedera, keadaannya kritikal ketika dalam perjalanan ke hospital “disebabkan masalah jantung dan paru-paru”.

Beliau disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian oleh hospital Universiti Perubatan Nara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan