Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang penolong jurutera di sebuah jabatan kerajaan di Limbang mengaku bersalah dan didenda RM25,000 atau 10 bulan penjara oleh Mahkamah Khas Rasuah hari ini atas dua pertuduhan rasuah yang didakwa dilakukan pada 2018.

Pegawai Polis didakwa minta, terima suapan RM41,000

TAWAU, 8 Julai : Seorang pegawai polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan meminta dan menerima suapan membabitkan jumlah RM41,000 di Lahad Datu pada 2017.

Tertuduh, Saharulzaman Alizaman, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Saharulzaman berdepan dua pertuduhan meminta suapan berjumlah RM20,000 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan kepada seorang lelaki yang melakukan perniagaan pinjaman wang tanpa lesen dan RM4,000 bagi melindungi kegiatan berkenaan.

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan Saharulzaman ketika bertugas sebagai Inspektor di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu antara 1.15 tengah hari hingga 4 petang,16 Ogos 2017.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Tertuduh juga didakwa menerima suapan wang tunai RM17,000 daripada lelaki itu di dalam sebuah kereta di Double Bay, bandar Lahad Datu, antara 3.09 petang dan 4 petang pada tarikh yang sama mengikut Seksyen 17(a) akta sama.

Semua pertuduhan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda daripada nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah, tidak mengganggu saksi, melapor diri sebulan sekali di Pejabat SPRM Sandakan dan menetapkan 9 Sept depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Nurul Izzati Sapifee manakala tertuduh diwakili peguam Mohamed Zairi Zainal Abidin. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan