Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Mambong berpotensi jadi pusat koleksi kopi

KUCHING, 8 Julai: Mambong berpotensi untuk menjadi kawasan pengeluaran biji kopi berskala besar di Sarawak dalam tempoh antara tiga hingga lima tahun lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Dr Jerip Susil berkata, sudah ada perancangan untuk menyediakan tanah sebagai antara inisiatif untuk menjayakan projek berkenaan.

“Ianya merupakan proses yang berterusan, bermaksud kami sedang menunggu kelulusan penilaian tanah dan proses pemberian hak,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penutupan Program Keusahawanan (MINTRED) serta penyerahan Cek MRP dan MyKhas bagi kawasan DUN itu.

Berhubung perancangan memajukan tanaman kopi di situ, Jerip mendedahkan, ketika ini DUN berkenaan yang sebahagian besarnya terletak di kawasan tanah tinggi sudah mempunyai produk kopinya yang tersendiri iaitu kopi Katup.

Namun katanya, penghasilan jenama kopi tempatan itu masih terhad walaupun berkualiti tinggi.

“Saya sudah merasai kopi ini yang dihasilkan dengan penglibatan Syarikat Reka Jaya dan rasanya sangat bagus setanding kopi terkenal lain,”katanya.

Jelas beliau, Reka Jaya merupakan sebuah syarikat pembekal kopi yang ternama dan juga pakar dalam pembuatan kopi.

Sehubungan itu, beliau berkata, penanaman kopi secara kluster di Mambong diyakini akan mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan rakyat tempatan.

“Kita berharap untuk mencapai keluasan penanaman kopi sehingga kira-kira 300 hektar pada masa depan,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan