Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe ditembak ketika sedang memberikan ucapan di Nara, kira - kira pukul 11.30 pagi waktu tempatan pagi tadi. Foto: Reuters.

Bekas Perdana Menteri Jepun ditembak

ByTVS

TOKYO, 8 Julai : Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe ditembak ketika sedang memberikan ucapan di Nara, kira – kira pukul 11.30 pagi waktu tempatan.

Media tempatan yang membuat liputan pada majlis itu melaporkan Abe terjatuh dan mengalami pendarahan sejurus terkena tembakan yang dilepaskan seorang lelaki.

Polis kini sedang menyiasat identiti lelaki yang disyaki sebagai penyerang.

Difahamkan suspek yang dikenali sebagai Tetsuya Yamagami yang tinggal di bandar berkenaan telah ditahan dan soal siasat sedang dilakukan di Balai Polis Nara Nishi.

Berita lanjut menyusul. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan