Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang penganggur direman tujuh hari bermula hari ini sehingga Selasa depan selepas didakwa menikam ibu kandungnya dalam satu kejadian di Kampung Paya Luboh, Tanjung Kling semalam. --foto Bernama

Penganggur direman tujuh hari lepas tikam ibu kandung

MELAKA, 6 Julai : Seorang penganggur direman tujuh hari bermula hari ini sehingga Selasa depan selepas didakwa menikam ibu kandungnya dalam satu kejadian di Kampung Paya Luboh, Tanjung Kling semalam.

Tempoh reman sehingga 12 Julai terhadap suspek berusia 38 tahun itu dikeluarkan Majistret Mazana Sinin.

Perintah reman terhadap lelaki itu dikeluarkan bagi membolehkan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Semalam, akhbar melaporkan gara-gara mendengar ‘bisikan’, seorang penganggur tergamak menikam ibu kandungnya sendiri.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah dipetik sebagai berkata mangsa yang merupakan pesara guru, Rozizah Md Dom, 63, maut di tempat kejadian selepas ditikam di bahagian kiri dan kanan lehernya oleh suspek menggunakan pisau pemotong sayur dalam kejadian kira-kira 3.05 petang itu. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan