Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Miri Country Music Festival (MCMF) kembali tahun ini pada 25 hingga 26 November di Eastwood Valley Golf & Country Club, Miri. Foto: MCMF

Miri Country Music Festival kembali November ini, Tantowi Yahya antara yang bakal beraksi

ByNurul Amarlina

KUCHING, 6 Julai : Selepas dua tahun tidak dapat diadakan disebabkan penularan wabak pandemik COVID-19, Miri Country Music Festival (MCMF) akan kembali menyemarakkan industri muzik Sarawak tahun ini.

Festival pada kali ini akan berlangsung pada 25 hingga 26 November di Eastwood Valley Golf & Country Club, Miri.

Kenyataan MCMF memetik Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, barisan artis pada tahun ini tidak akan mengecewakan penonton dengan Tantowi Yahya kembali sebagai penghibur utama MCMF 2022.

“Saya gembira melihat penghibur terkenal seperti Tantowi Yahya dari Indonesia membuat kemunculan semula.

“MCMF tahun ini mempunyai band dan penghibur baharu seperti Ramon Cedillo dari Singapura, Cambodia Country Band dari AS dan Kemboja, Johnny Loda Trio dari Itali, UK dan Thailand, dan ramai lagi pemuzik yang menarik dari Semenanjung Malaysia dan sudah tentu tidak lupa penghibur kami sendiri dari Sarawak,” jelasnya dalam kenyataan tersebut.

Katanya, idea untuk menganjurkan MCMF tercetus daripada kecintaan masyarakat tempatan terhadap muzik desa.

“Warga Miri terkenal bukan sahaja sebagai pencinta muzik desa, tetapi ada antara mereka juga gemar memakai pakaian dan topi koboi.”

Pengasas festival, Gracie Geikie menambah bahawa MCMF menyasarkan untuk bekerjasama dengan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak Singapura (STATOS) untuk memasarkan festival muzik itu di Singapura, dengan memasukkan sekali pakej penerbangan terus dari Singapura dan pakej pelancongan istimewa di sekitar wilayah utara Sarawak.

Katanya, antara rakan CSR yang akan bekerjasama dengan MCMF tahun ini adalah Persekutuan Persatuan Orang Ulu Sarawak Malaysia (FORUM), Miri Photographic Society, Miri Performing Arts Association dan Borneo Medical Centre Miri.

TVS pula akan menjadi rakan media rasmi festival kali ini.

“Cara kami menyokong organisasi-organisasi ini dan berkhidmat kepada masyarakat adalah dengan memberi rakan kongsi kami ruang untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka,” tambah Gracie.

Tahun ini, MCMF 2022 menjemput penghibur tempatan dan antarabangsa serta pengunjung untuk menyertai The Buku Project untuk memberi buku terpakai mereka kepada MCMF untuk didermakan kepada kanak-kanak dan penduduk kawasan luar bandar Sarawak di Long Lama dan Long Atip, dengan harapan untuk menyediakan bahan bacaan untuk mendidik, menghibur dan meningkatkan literasi dalam kalangan golongan yang kurang berkemampuan.

Sejak lapan tahun yang lalu, MCMF telah menarik para pengunjung dari Bintulu, Brunei, Sabah dan negara jiran seperti Singapura, Brunei, Australia dan Indonesia.

MCMF 2022 dijangka menarik 2,000 pengunjung.

Tiket kini dijual pada harga RM80 sehari dan RM120 untuk pas dua hari.

Untuk maklumat lanjut mengenai pembelian tiket, pengunjung boleh melayari www.miricountrymusic.com dan halaman Facebook Miri Country Music Fest atau hubungi 082-555 189 atau e-mel fifi@placeborneo.com. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan