Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Bintulu terus giat membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah dan berjaya menahan lima lelaki yang disyaki penagih dadah sepanjang minggu pertama bulan ini.

Lima lelaki terjebak dadah ditahan di Bintulu

BINTULU, 6 Julai : Pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Bintulu terus giat membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah dan berjaya menahan lima lelaki yang disyaki penagih dadah sepanjang minggu pertama bulan ini.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Batholomew Umpit berkata, lima suspek yang berusia 22 hingga 41 tahun terbabit diberkas di sekitar bandar ini dari 1 hingga 5 julai ini.

Katanya, kesemua mereka yang merupakan orang tempatan telah menjalani ujian saringan awal air kencing dan didapati positif dadah jenis Amphetamine.

Beliau berkata kesemua mereka akan disiasat mengikut kesalahan masing-masing di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) 1952.

Katanya, tangkapan terkini melibatkan seorang lelaki berusia 22 tahun dibuat di kawasan Taman Sri Dagang, di sini pada Isnin lalu.

“Polis juga merampas dadah seberat 0.5 gram dadah dipercayai jenis syabu daripada suspek semasa pemeriksaan dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk itu, katanya suspek yang juga pengganggur akan disiasat dibawah Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama selepas didapati positif dadah jenis Amphetamine.

Jika sabit kesalahan memiliki dadah di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 boleh di penjara tidak lebih 5 tahun dan denda RM100,000 manakala jika disabitkan kesalahan di bawah sek.15(1)adb 1952 boleh dikenakan denda tidak lebih RM5000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan pengawasan dua tahun.

Batholomew berkata, tangkapan tersebut merupakan salah satu usaha pihak polis dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah, disamping mencegah aktiviti jenayah di daerah Bintulu ini.

Beliau juga menasihatkan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti dadah di daerah ini diminta untuk memaklumkan kepada pihak PDRM, IPD Bintulu di talian 086-318304.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan