Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri mengesahkan suspek kes samun yang menyebabkan seorang wanita parah pada 21 Jun lepas telah dijatuhi hukuman penjara enam tahun.

Lelaki samun wanita di Jalan Sultan Tengah dipenjara enam tahun dan empat sebatan

BySalasiah Safian

KUCHING, 6 Julai : Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan empat sebatan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah di atas pertuduhan samun bersenjata sehingga menyebabkan seorang wanita cedera parah pada 21 Jun lepas.

Hakim Mohd. Taufik Mohd. @Mohd. Yusoff turut memerintahkan Aszreul Arsad, 28, menjalani hukuman itu bermula tarikh dia ditangkap pada 26 Jun lepas.

Pertuduhan terhadap Aszreul dilakukan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri berkata, sebelum ini Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching telah menubuhkan pasukan khas untuk memburu suspek.

“Laporan polis berhubung kes itu dibuat di Balai Polis Gita pada hari kejadian,”katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini hari ini.

Dalam kejadian kira – kira pukul 6.15 pagi di Jalan Sultan Tengah, Taman Sukma, mangsa yang sedang menunggang motosikal ke tempat kerja dihampiri motosikal suspek sehingga menyebabkan hilang kawalan dan terbabas ke dalam longkang.

Suspek kemudian mengambil dompet dan telefon bimbit mangsa sebelum ‘menghilangkan diri’.

Akibat kejadian itu, wanita berusia 36 tahun itu parah dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak.

Kejadian itu turut tular di media sosial. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan