Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) bertanggungjawab memastikan bantuan nelayan disalurkan khususnya kepada golongan sasar sahaja.

Langkah pemutihan ahli perlu dilakukan supaya nelayan terima bantuan sepatutnya

ByTVS

BELURAN, 6 Julai : Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) bertanggungjawab memastikan bantuan nelayan disalurkan secara khusus kepada golongan sasar sahaja.

Sehubungan itu, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mahu PNK membuat pemutihan ahli agar bantuan kerajaan kepada nelayan sampai kepada golongan tersebut.

Ini kerana, katanya setiap profesion mempunyai organisasi atau persatuan masing-masing yang bertanggungjawab membela nasib mereka.

“Soal pemutihan merupakan aspek yang penting. Kita mahu agar PNK membela nasib nelayan. Kalau petani, mereka lebih layak untuk duduk di dalam organisasi atau persatuan lain yang juga dibantu oleh kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Bangunan Pejabat dan Penyerahan Bantuan Enjin Sangkut PNK Beluran di Pelatong Plaza di Beluran.

Menurut Ronald, kementerian itu sentiasa komited dan prihatin dalam memastikan sosio-ekonomi golongan nelayan serta agro makanan dan industri perikanan negara terus diperkasa dalam memastikan kelangsungan bekalan makanan negara.

Katanya, kementerian melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) turut memperuntukkan lebih RM150 juta pada tahun ini untuk pelbagai bantuan dan insentif kepada nelayan seluruh negara.

Ia merangkumi Elaun Sara Hidup Nelayan atau (ESHN), Subsidi Minyak Diesel dan Petrol, Dana Nelayan, Tabung Bencana dan Kebajikan Nelayan, Projek Tanaman Kontan, Bantuan Projek Ekonomi Kumpulan Nelayan dan Program Food Basket Nelayan.

Pada majlis tersebut, seramai 30 ahli PNK Beluran telah menerima bantuan enjn sangkut dengan nilai keseluruhan bernilai RM300 ribu.

Beliau turut merasmikan pejabat bangunan PNK Beluran baharu yang bernilai RM526 ribu dan berharap agar pengurusan PNK itu akan memanfaatkannya semaksima mungkin untuk tujuan operasi pentadbiran yang lebih cekap serta untuk mengadakan aktiviti pembangunan sosio-ekonomi masyarakat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan