Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kesihatan Australia, Mark Butler. Foto: Reuters

Australia mansuh pengisytiharan status vaksin COVID-19 untuk pelancong

ByNina Azman

KUCHING, 6 Julai: Australia memansuhkan pengisytiharan mandatori status vaksinasi COVID-19 untuk pelancong bermula hari ini, kata Menteri Kesihatannya, Mark Butler.

Agensi Anadolu Agency melaporkan, keputusan itu dibuat selepas negara berkenaan mempertimbangkan nasihat perubatan terkini.

Namun, keperluan status vaksin COVID-19 masih lagi ‘terpakai’ bagi syarikat penerbangan dan pengendali perkapalan.

“Setakat ini penggunaan topeng muka masih diwajibkan dalam penerbangan antarabangsa dan domestik,” kata menteri itu.

Di sebalik kelonggaran itu, Butler turut menyeru rakyat negara berkenaan supaya mendapatkan dos penggalak.

“Anda tidak mendapat perlindungan sepenuhnya daripada varian Omicron dengan hanya dua dos vaksin.

“Ketika ini masih terdapat hampir enam juta rakyat Australia yang tidak mengambil dos penggalak.Sekiranya anda belum mendapatkannya, sila buat janji temu,” tulisnya menerusi Facebook.

‘Nasihat’ yang dikeluarkan oleh Butler itu hadir sehari sebelum pengumuman kelonggaran status vaksin kepada pelawat yang ingin masuk ke negara berkenaan.

Sementara itu, New Zealand juga mengumumkan untuk membuka permohonan visa kerja untuk warga asing selepas dua tahun bagi mengatasi kekurangan pekerja mahir di negara itu.

“Kami tahu kekangan utama perniagaan pada masa ini ialah akses kepada buruh mahir.

“Ini berlaku di seluruh dunia, tetapi membuka semula permohonan visa akan memainkan peranan dalam meningkatkan kumpulan buruh yang ada untuk mengisi kekurangan kerja mahir,” kata Menteri Imigresen, Michael Wood.

Bulan lalu, New Zealand mula mengalu-alukan pelawat dari sekitar 60 negara buat kali pertama sejak bermulanya pandemik COVID-19 dua tahun lalu -TVS

Tags: australia

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan