Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Itali Mario Draghi pada Isnin melawat lokasi yang mengorbankan nyawa tujuh pendaki setakat ini, selepas sebahagian daripada glasier Punta Rocca, di puncak Marmolada di Pergunungan Dolomite, runtuh pada Ahad. Foto: Reauters.

Tujuh terkorban, 13 lagi masih hilang dalam runtuhan salji di Itali

ByBernama

ROME, 5 Julai : Angka kematian akibat runtuhan salji di utara Itali telah meningkat kepada tujuh orang setakat ini, lapor Xinhua.

Perdana Menteri Itali Mario Draghi pada Isnin melawat lokasi yang mengorbankan nyawa tujuh pendaki setakat ini, selepas sebahagian daripada glasier Punta Rocca, di puncak Marmolada di Pergunungan Dolomite, runtuh pada Ahad.

Seramai 10 mangsa cedera, dan dua daripadanya parah, manakala 13 lagi masih hilang.

Runtuhan bongkah ais, salji dan batu dicetuskan akibat glasier mencair.

Pakar mengaitkan tragedi itu dengan gelombang haba dan suhu tinggi yang melanda dunia; suhu di puncak gunung dilaporkan sekitar 10 darjah Celsius sedangkan suhu normal sepatutnya di bawah sifar.

Penggunaan dron dengan pengesan haba digunakan bagi membantu operasi pencarian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan