Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan menegaskan bahawa kerajaan GPS telah berjaya membawa rakyat Sarawak kepada kesatuan yang mana kepelbagaian yang ada telah diterjemahkan menjadi kekuatan negeri Sarawak.

Rakyat Sarawak perlu bersama kekalkan kestabilan dan pelihara keharmonian kaum

LAWAS, 5 Julai : Sarawak memerlukan dokongan seluruh rakyat dalam memastikan kestabilan politik, pembangunan berterusan dan kebajikan rakyat terus dijaga.

Keharmonian antara kaum yang berbagai perlu dijaga sebaiknya dan sebarang gerakan politik menghasut, ekstrim dan lapuk perlu ditolak.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan menegaskan bahawa kerajaan GPS telah berjaya membawa rakyat Sarawak kepada kesatuan yang mana kepelbagaian yang ada telah diterjemahkan menjadi kekuatan negeri Sarawak.

“Kita bersyukur bahawa negeri Sarawak ini dalam perbezaan kaum dan latar belakang berjaya hidup dalam keadaan harmoni, bersatu padu antara satu sama yang lain.

Inilah keunikan orang Sarawak dan kita bangga menjadi satu Sarawak dibawah GPS,” katanya pada majlis Penutupan Gawai Dayak Peringkat Daerah Lawas malam Isnin lalu.

“Kadang-kadang ada sesetengah disebabkan oleh agenda politik dengan sengaja menimbulkan isu-isu perkauman, isu agama dan isu yang boleh memecahbelahkan perpaduan rakyat Sarawak.

Gerakan ini sudah ada dan pada pilihanraya negeri lalu sudah ada usaha membawa orang-orang Lun Bawang dengan Kedayan di kawasan Bukit Sari untuk menjatuhkan Awang Tengah”

“Ini adalah politik lapuk yang menjurus kepada perpecahan dan menyemai bibit syak wasangka antara kaum yang ada” tambah nya.

Sehubungan itu beliau mahu melihat kestabilan politik dapat diperkukuhkan agar semua usaha dan tenaga dapat ditumpukan ke arah membangunkan negeri Sarawak.

Keutamaan kepimpinan GPS ialah untuk memperkasakan ekonomi Sarawak melalui penciptaan peluang untuk rakyat terlibat sama dalam sektor ekonomi yang berbagai.

Ini akhirnya akan mampu menghapus kemiskinan dikalangan masyarakat di Sarawak secara keseluruhannya dan ini memerlukan kerjasama semua rakyat Sarawak.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan