Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tawau berjaya menggagalkan sindiket pengedaran dadah berprofil tinggi terbesar dengan merampas 32 kilogram dadah dipercayai jenis syabu diisi di dalam beg sandang di perairan Inderasabah semalam.

Penyeludup buang dadah bernilai RM1.76 juta ke laut di Tawau

ByTVS

TAWAU, 5 Julai : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tawau berjaya menggagalkan sindiket pengedaran dadah berprofil tinggi terbesar dengan merampas 32 kilogram dadah dipercayai jenis syabu diisi di dalam beg sandang di perairan Inderasabah semalam.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, semasa rondaan Ops Sejahtera kira-kira jam 11.30 malam bot peronda APMM telah mengesan sebuah bot laju dalam keadaan mencurigakan bergerak dalam keadaan bergelap.

Menurutnya, semasa dihampiri bot terbabit bertindak memecut laju cuba melarikan diri menuju ke arah muara Sungai Inderasabah.

“Semasa kejadian kejar buru suspek, kelihatan juragan bot bertindak membuang sesuatu bungkusan yang tidak dapat dipastikan berikutan keadaan gelap dan jarak penglihatan terhad,” katanya ketika sidang media di Pejabat APMM Tawau di sini.

Jelasnya, usaha bagi menghentikan bot dan suspek gagal apabila tekong bot bertindak memecut laju ke arah kawasan paya bakau dan perairan cetek bagi meloloskan diri dari ditahan.

“Pencarian di lokasi bungkusan dibuang telah berhasil menemukan sebuah beg dalam keadaan terapung dan pemeriksaan selanjutnya ke atas kandungan beg tersebut telah menemukan 32 peket bungkusan dengan label teh cina ‘Guan Ying Wang’.

“Di dalam paket itu pula mengandungi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dianggarkan seberat satu kilogram setiap satu paket dengan jumlah keseluruhan lebih 32 kilogram yang dianggar bernilai RM 1.76 juta ringgit,” katanya lagi.

Kesemua hasil rampasan seterusnya dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Tawau dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Zon Maritim Tawau untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sharizan berkata sindiket pengedaran dadah ini dipercayai terdiri daripada warga tempatan dan asing yang dipercayai cuba memproses dadah di negara ini sebelum diseludup ke negara jiran Indonesia.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan